Kepupusan hutan tropika Hutan_tropika

Penebangan pokok-pokok secara berleluasa diakui boleh mengubah keseimbangan oksigen dan karbon dioksida. Selain itu albedo akan berubah di sesuatu kawasan.

Pemusnahan hutan untuk tujuan apapun adalah merugikan. Pembinaan jalan raya, projek pembangunan hanya memberikan pulangan sementara sahaja. Dalam jangka panjang ia tetap merugikan walaupun diganti dengan tanaman getah, kelapa sawit, kopi dan lain-lain.

Menurut satu kajian hutan pernah meliputi 60 peratus daripada kawasan daratan bumi. Kini hanya tinggal setengah sahaja. Dalam pada itu Hutan Hujan Tropika telah ditebang pada kadar 41 hektar seminit. Sejak 1940-an, setengah daripada hutan hujan tropika dunia telah dimusnahkan.

Setiap seminit, 100 ekar hutan hujan telah hilang. Keluasan ini sama dengan 60 padang bola sepak. Bagi menggambarkan keadan ini, setiap tahun, hutan bersaiz England, Scotland dan Wales akan dimusnahkan.

Kerosakan yang paling teruk adalah diakibatkan oleh syarikat pembalakan dari Jepun di Asia Tenggara.

Namun begitu ketidakseimbangan ini bukan disebabkan oleh hutan tropika sahaja. Peningkatan suhu dan perubahan iklim bumi sekarang juga disebabkan kegiatan perindustrian, peperangan konvensional, pembuangan sisa-sisa industri, jumlah kenderaan yang terlalu banyak dan sebagainya.

Dr Mahathir Mohamad memberi analogi, "Cukai 300 peratus dikenakan ke atas kereta (di Malaysia) yang mempunyai kapasiti enjin besar. Tetapi di negara maju, cukai yang dikenakan ke atas kenderaan dan petrol adalah minimum menyebabkan bilangan kereta menjadi terlalu banyak". Jadi negara maju turut bertanggungjawab.